By Sandra Segaran Arumugam
Pemimpin Kerajaan Perpaduan negeri Johor mengabaikan tanggungjawab yang telah dititahkan oleh Sultan semasa merasmikan Dewan Undangan Negeri pada tahun 2023.
Kerajaan Perpaduan pimpinan Dato’ Onn Hafiz Ghazi bersama gabungan PKR, DAP dan Amanah dinasihatkan supaya bertindak sebagai kerajaan semak dan imbang, bukannya bertindak seperti pembangkang dan pemerintah, kerana nama gabungan itu ialah “Kerajaan Perpaduan”.
Ini bermakna tidak lagi wujudnya parti pembangkang dalam pentadbiran kerajaan negeri Johor. Dalam keadaan sebegini, pemimpin dari kedua-dua pihak tidak sepatutnya bertindak bertentangan dengan titah Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar semasa persidangan Dewan Undangan Negeri pada tahun 2023 dalam pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Negeri Johor yang ke-15.
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr. Suyam Syain, sebelum ini menyatakan bahawa terdapat kemungkinan berlaku perubahan pada Pilihan Raya Negeri ke-16, sekali gus menimbulkan persoalan tentang pendirian UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
Selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Fazuddin Fuad, mempertahankan kenyataan pemimpin Amanah itu, Ketua Pemuda UMNO Johor, Assamin bin Ambrose, pula menuduh kedua-dua pemimpin berkenaan berbohong dan terlalu ghairah membuat tuntutan menjelang pilihan raya akan datang.‘Niat murni, bukan gelojoh’, Pemuda PKR Johor pertahan langkah sasar kerusi
Perselisihan seperti ini pernah berlaku sebelum ini, tetapi kali ini keadaannya semakin hangat sejak beberapa hari kebelakangan dan perlu diberi perhatian.
Dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 pada Mac 2022, Barisan Nasional menang di 40 kerusi dan berjaya membentuk kerajaan negeri. Namun, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022, tiada gabungan mendapat majoriti, menyebabkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
Dalam situasi ini, gabungan pembangkang yang mempunyai 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akhirnya terpaksa menyertai kerajaan demi kestabilan.
Ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri yang ke-15 itu, Sultan Ibrahim menitahkan agar Dewan Undangan Negeri Johor tidak lagi terbahagi antara pihak kerajaan dan pembangkang, sebaliknya berfungsi sebagai kerajaan semak dan imbang. Baginda menegaskan semua pihak harus mengutamakan kepentingan rakyat, bukannya bertelagah atau saling menghina sehingga membazir masa dan sumber. Baginda turut mengingatkan bahawa pihak Istana tidak akan bertoleransi dalam perkara ini.
Namun, timbul tanda tanya sama ada titah itu kini seolah-olah telah dilupakan oleh ahli gabungan Kerajaan Perpaduan.
Masih ada masa untuk membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 yang bakal diadakan sebelum Mac 2027, tetapi mengapa terlalu sibuk berebut jawatan sejak sekarang?
Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan selama 68 tahun, amat mengecewakan apabila rakyat masih tidak benar-benar menghargai kepentingan bendera kebangsaan. Parti politik perlu berusaha membetulkan keadaan ini.https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/745865
Selain itu, terdapat pihak tertentu yang cuba memburukkan agama Islam di negara ini; perkara ini mesti diberi perhatian serius.
Masalah seperti kenaikan harga barang harian,
peluang pekerjaan, harga rumah yang melambung, kesesakan lalu lintas,
banjir, peningkatan kemalangan jalan raya, masalah sosial dalam kalangan pelajar,
dan kini pula isu pencemaran alam sekitar seperti gempa bumi semakin membimbangkan rakyat jelata. Masalah-masalah seperti ini harus ditangani dengan segera, bukannya diabaikan hanya kerana keghairahan mengejar jawatan.
Mungkin ahli-ahli Dewan Undangan Negeri tidak terlibat secara langsung dalam perebutan ini, tetapi itu tidak bermakna mereka tiada kaitan. Mereka tetap mewakili parti-parti tersebut dan tidak boleh melepaskan tangan atau mengabaikan tanggungjawab mereka.
Sandara Segaran (chandransandran71@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.


