
BELURAN: Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Sugut Datuk James Ratib menggesa semua pemimpin cawangan parti itu menjalankan tugas dengan menjaga ahli dan parti sebaik mungkin.
“Misi di sini adalah untuk memenangi pilihan raya yang akan datang. Oleh itu ketua-ketua cawangan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ahli dan pengundi dalam jagaan masing-masing,” kata Adun Sugut itu.
Menurutnya, sistem ini dilihat lebih berkesan berbanding kaedah yang digunakan sebelum ini.
