Pemimpin PH mula berkumpul ikuti keputusan PRU15

Politics
19 Nov 2022 • 8:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar tiba di Pusat Media Pakatan Harapan di sebuah hotel di Subang pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/ ASRIL ASWANDI SHUKOR

PETALING JAYA - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) mula berkumpul bagi mengikuti keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di sebuah hotel di Subang pada Sabtu.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tiba di sini pada jam 8.45 malam.

Sebelum itu, beberapa pemimpin PH turut dilihat hadir antaranya Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Di samping itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook juga telah tiba lebih awal.

PRU15 kali ini menyaksikan PH bertanding 220 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.

Difahamkan setakat jam 4 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 70 peratus daripada lebih 21 juta pengundi yang layak telah keluar mengundi.



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved