
BEBERAPA pemimpin Umno dan Warisan di kawasan Sandakan dan Libaran mengumumkan keluar parti masing-masing dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Pengumuman itu dibuat pada majlis yang berlangsung di Ballroom Hotel Sandakan, Sandakan, baru-baru ini.
Antaranya ialah bekas timbalan ketua Warisan Sandakan Muktar Odin, bekas AJK Warisan Sandakan Sahak Noh, bekas AJK Warisan Libaran Rosly Aziz, bekas ketua penerangan Pemuda Umno Libaran Hanif Ali dan PDM Warisan Sungai Sibuga Mohd Raimi Said.
Mereka semua berkata keputusan itu dibuat demi pembangunan berterusan rakyat dan Negeri.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Kami membuat keputusan ini dengan melihat hala tuju pembangunan Negeri. Kami semua bersedia menyokong kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Ketua Menteri,” kata mereka.
Ketua Protem Gagasan Rakyat Sungai Sibuga Datuk Amirshah Yaakub mengalu-alukan sokongan mereka kepada Hajiji dan beliau, serta Gagasan Rakyat sebagai parti tempatan.
Beliau berharap semua hasrat yang disuarakan dapat direalisasikan dan rakyat dapat menikmati pembangunan terbaik.
Amirshah yang diberi mandat sebagai Ketua Protem Gagasan Rakyat Sungai Sibuga pada 6 April lalu, melahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.
Amirshah yang aktif dalam arena politik pernah menyertai Umno sebelum berehat sebentar pada 2016, dan meneruskan kerjayanya dalam politik selepas melihat suasana politik yang kucar-kacir.
Beliau yakin Gagasan Rakyat mampu membantu rakyat secara keseluruhannya.
Mengenai jumlah ahli Warisan dan Umno di kawasan yang menyertai Gagasan Rakyat, beliau berkata ia belum dapat dipastikan sehingga pembentukan rasminya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


