Pemimpin Warisan tuntut penjelasan perjanjian

LocalPolitics
4 Jul 2025 • 12:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Abbey Junior

Kota Kinabalu: Parti Warisan menuntut Kerajaan Persekutuan memberikan penjelasan berhubung laporan mengenai perjanjian bersama eksplorasi minyak dan gas dengan Indonesia di kawasan pertikaian Blok Ambalat di perairan Sabah, menegaskan bahawa hak maritim Sabah tidak boleh diketepikan tanpa kelulusan Kerajaan Negeri.

Ketua Penerangan Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman (gambar) berkata, sebarang perjanjian dua hala yang melibatkan sempadan maritim Sabah mesti terlebih dahulu dibentangkan kepada Kerajaan Negeri dan mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah, seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama MA63, jelas menyatakan bahawa tiada sempadan yang melibatkan Sabah boleh diubah secara unilateral oleh Putrajaya,” kata bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Mohd Azis mengulas laporan media tempatan dan antarabangsa – termasuk Indonesia Business Post, Jakarta Globe dan Antara News – yang mendakwa Malaysia dan Indonesia telah mencapai persetujuan untuk meneroka sumber asli di kawasan Ambalat secara bersama.

“Laporan-laporan ini mendakwa kini wujud persefahaman bersama antara Malaysia dan Indonesia untuk meneroka sumber asli di kawasan Ambalat – namun Sabah langsung tidak dirujuk. Ini adalah pelanggaran hak perlembagaan Sabah,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa sebahagian daripada Blok Ambalat berada dalam zon maritim Sabah seperti yang ditetapkan dalam peta pra-1963 dan tidak boleh dianggap sebagai wilayah persekutuan dalam sebarang rundingan.

Mohd Azis turut mempersoalkan sama ada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan Malaysia yang dilaporkan mengesahkan kerjasama itu, telah mendapatkan persetujuan daripada Kerajaan Sabah sebelum meneruskan rundingan.

“Adakah ini bermaksud Kerajaan Sabah telah dirujuk? Adakah perkara ini dibawa ke Dewan Undangan Negeri? Jika tidak, ia bukan sahaja melanggar MA63, tetapi juga merupakan pengkhianatan terhadap hak-hak rakyat Sabah,” katanya.

Beliau menegaskan Warisan menyokong pendekatan diplomasi aman dan kerjasama dua hala, namun ia mesti berlandaskan legaliti perlembagaan serta menghormati semangat MA63.

“Jika laporan tersebut tidak tepat, Kementerian Luar Negeri perlu segera membetulkan maklumat dan mendapatkan penjelasan daripada media Indonesia kerana maklumat salah seperti ini boleh menjejaskan hubungan diplomatik,” katanya.

Beliau juga memberi amaran sebarang perjanjian melibatkan perairan Sabah tanpa kelulusan negeri boleh dianggap sebagai pelanggaran langsung MA63 dan membawa implikasi perlembagaan yang serius.

“Isu ini mesti ditangani dengan penuh ketelusan, profesionalisme dan komitmen untuk mempertahankan kedaulatan Sabah serta integriti negara,” tegasnya.