“Peminat 2nd Gen Ni” – Ramai Terhibur PMX Guna Lagu K-Pop Untuk Hantaran Lawatan Ke Korea Selatan Di IG

27 Nov 2024 • 10:36 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan rasmi ke Korea Selatan.

Khususnya, kedatangan beliau ke sana adalah untuk bertemu dengan Presiden Korea Selatan iaitu Yoon Sook-yeol, bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara malah, membuka ruang dan peluang untuk menarik pelaburan berimpak tinggi ke Malaysia.

Dalam pada itu, perkara lain yang menarik perhatian adalah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan lagu hit K-Pop, untuk kesemua hantarannya di Instagram yang berkaitan dengan lawatan beliau ke Korea Selatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Antara lagu yang digunakan adalah BTS ‘Dynamite’, GIRLS’ GENERATION ‘Gee’, 2NE1 ‘Come Back Home’ dan banyak lagi, meraih perhatian ramai.

Meninjau ruangan komen, netizen menulis,

  • Saya tunggu lagu EXO pula!
  • PMX pun peminat K-Pop 2nd gen ke ni?
  • Saya approve admin akaun PMX!

Amboi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.