Selepas “Queen of Tears”, pasti ramai yang mengharapkan agar Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won mempunyai hubungan lebih dari kawan.
Baru-baru ini, tular video Kim Soo-hyun yang dilihat sedang berparti di Ultra Music Festival Korea. Namun, perkara lain yang menarik perhatian adalah wanita yang berada di sebelahnya yang sepertinya rapat dengan lelaki itu.
Menerusi video yang dikongsi, Kim Soo-hyun mesra berinteraksi dengan Lim Na-young iaitu pelakon dan juga bekas ahli PRISTIN, membuatkan netizen terkejut bahawa mereka kenal antara satu sama lain.
nayoung kim soohyun so random sirkelnya https://t.co/yE13pqzdsz
— (@solseonjae) June 8, 2024
Meskipun banyak dakwaan dibuat, netizen percaya bahawa mereka berdua hanyalah sekadar kawan dan tidak salah untuk Kim Soo-hyun mempunyai kawan perempuan.
Apa pendapat korang pula?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Peminat ‘Baekhong’ Kecewa, Video Kim Soohyun Mesra Berparti Dengan Pelakon Wanita Ini Tular first appeared on KimchiDaily.my.



![Penunggang Basikal Selamba Ikut Rapat Belakang ‘Mobile Crane’ Dikecam Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)