Peminat Bersedih! Justin Bieber Batalkan Konsert Justice World Tour

Music
7 Sep 2022 • 2:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Peminat penyanyi terkenal, Justin Bieber nampaknya terpaksa akur dengan pengumuman pembatalan konsert jelajah dunia, Justice World Tour.

image is not available

Pembatalan konsert Justin pada tahun ini sememangnya sudah dijangka selepas beliau mengalami masalah kesihatan dan memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

Awal tahun ini, saya telah umumkan yang saya sedang berlawan dengan penyakit sindrom Ramsay Hunt sehingga menyebabkan kelumpuhan wajah. Kemudian saya telah mengambil rehat dan menunda konsert jelajah, Justice World Tour.

Bagaimanapun, selepas saya berehat atas nasihat doktor saya telah menyambung semula siri jelajah konsert termasuk membuat enam persembahan di Eropah.

Justin yang baru sahaja selesai melakukan konsert di Brazil turut mengakui telah memberi kesan buruk kepada kesihatannya selepas memberikan segala tenaga untuk menjayakan persembahan.

Sehubungan dengan itu, saya ingin memaklumkan bahawa saya akan menunda siri jelajah saya buat sementara waktu, saya akan pulih tetapi memerlukan masa. Terima kasih semua.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved