Peminat bola sepak tular, Derrick Gan terima hadiah skuter Modenas

28 Jan 2024 • 12:17 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Derrick menerima sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400 dihadiahkan oleh Ketua Pegawai Esekutif Modenas Roslan Roskan. - Astro AWANI

PENYOKONG Harimau Malaya yang tular di media sosial Derrick Gan dikejutkan dengan penyampai 3 Pagi Era, Radin sejurus tiba di lapangan terbang KLIA.

Derrick menerima sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400 dihadiahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan.

“Saya tidak menyangka menerima sebuah motosikal skuter selepas pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di Doha antara Malaysia dan Korea Selatan.

“Saya akan gunakan skuter ini dengan sebaiknya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Modenas dan juga radio Era yang menyambut kepulangan saya dengan penuh kejutan.

“Ia satu pengalaman yang luar biasa dan menggembirakan dalam hidup saya, serta tidak akan dilupakan.

“Selain itu, skuter ini juga sebagai hadiah istimewa dan simbolik untuk meraikan hari lahir saya pada 28 Januari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Derrick juga berkesempatan membuat panggilan video bersama penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi.

Syihan akui berbangga dengan semangat Derrick yang begitu semangat menyokong terhadap pasukan bola sepak negara.

Derrick menjadi tumpuan peminat bola sepak negara selepas menjual motosikal kesayangannya untuk membiayai perjalanan ke Doha.

Dia berbuat demikian untuk menonton perlawanan bola sepak kelayakan Piala Asia untuk memberi sokongan penuh kepada pasukan Harimau Malaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved