Peminat Kecewa The Rock Sokong Israel – “Menyesal Aku Minat Dia!”

11 Oct 2023 • 3:41 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Peminat luah rasa kecewa pelakon pujaan mereka, The Rock sokong Israel dengan menggelar kumpulan Hamas sebagai pengganas.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh The Rock di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa sebak atas peperangan yang berlaku antara dua negara tersebut sehingga mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah.

The Rock sokong Israel

Bagaimanapun, tindakan The Rock yang menyalahkan serta menggelarkan kumpulan Hamas sebagai pengganas telah mengundang kemarahan ramai walhal selama ini beribu-ribu nyawa rakyat Palestin ‘hilang’ disebabkan oleh serangan pihak Israel.

“Saya patah hati, marah, dan muak dengan pembunuhan kejam dan penculikan orang Yahudi melalui tindakan ngeri kumpulan pengganas Hamas. Kehilangan nyawa warga Israel dan Palestin yang tidak berdosa semakin menyayat hati apabila perang ini semakin memuncak.

“Saya mengutuk dan mengecam keganasan, dan pada saat yang dahsyat ini, hati saya tersentuh kepada semua mangsa dan keluarga yang tidak bersalah terpaksa berduka atas kehilangan orang tersayang.

“Saya berdoa memohon belas kasihan dan ketetapan hati, berdoa untuk semua nyawa yang tidak bersalah,” katanya.

image is not available

Peminat kecewa!

Disebabkan itu, menerusi perkongsian di TikTok @Drwanshare pula, peminat sudah mula bertindak ‘unfollow’ The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson di laman sosial selepas kecewa dengan tindakan pelakon tersebut yang jelas menyokong perbuatan Israel.

@drwanshare

dear @The Rock , i was your fan before you posted this on your other socmed… Sorry, i stand for palestine… the people you called terrorist.You know nothing about this bro..! #shouldbeme #dr1share #tiktokguru #therock

♬ original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE

Tak sangka perangai dia macam ni

Malah, ramai yang tidak menyangka mentaliti kolot pelakon yang berusia 51 tahun itu yang seakan-akan tidak tahu asal usul punca peperangan yang berlaku antara dua negara tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: Instagram @The Rock, TikTok @Drwanshare