Peminat Kpop Tegar Kritik Bila Shila Amzah Nyanyi Lagu Ailee Di Gegar Vaganza 

Music
24 Oct 2022 • 8:48 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Shila Amzah - Gambar Astro

Percubaan penyanyi Shila Amzah untuk membawakan lagu Korea, 'I Will Show You' yang dipopularkan Ailee dalam konsert Gegar Vaganza minggu keenam ini, nampaknya tidak begitu disenangi segelintir peminat Kpop. 

Apa lagi bila Shila Amzah membawakan lagu dengan rendisinya sendiri dan bukan mengikut versi asal Ailee. Bahkan, ada juga yang mengatakan bahawa Shila merosakkan lagu dengan menyelitkan rapping dalam bahasa Melayu. 

Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa sebutan bahasa Korea Shila tidak begitu jelas serta berterabur dan berpendapat bahawa penyanyi tempatan yang bagus membawakan lagu Korea adalah Aina Abdul dan Sarah Suhairi. 

Namun, ada juga peminat yang menyokong usaha Shila Amzah untuk membawakan lagu itu dengan menganggap bahawa Shila cuba berekperimentasi untuk mencabar dirinya sendiri dan rapping dalam bahasa Melayu itu juga sebenarnya satu idea yang baik. 

Apapun, tidak semua orang kenal pun dengan Ailee kat Malaysia nih. Jadi, bagus juga Shila bawakan lagu, 'I Will Show You' nih. Lepas nih, ramailah yang akan tahu siapa Ailee. – Getaran, 24 Oktober 2022