
Pasti ramai yang masih menunggu kenyataan YG Entertainment mengenai status kontrak ahli BLACKPINK bersama agensi tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa YG Entertainment berkemungkinan akan mengeluarkan status kontrak BLACKPINK pada bulan November ini.
Namun pada 3 November, agensi telah mengumumkan pra-jualan untuk koleksi ‘Season’s Greetings’, yang hanya melibatkan seorang ahli iaitu Rosé, bakal dilancarkan pada Disember ini.
Oleh itu, peminat membuat spekulasi sekiranya hanya Rosé yang akan memperbaharui kontrak dengan agensi tersebut, memandangkan sebelum ini kesemua 4 ahli terlibat untuk ‘Season’s Greetings’.
‘Season’s Greetings: From HANK & ROSÉ To You [2024]’ Coming Soon
-Release: 2023.12.06
-Pre-Order: 2023.11.03 – 12.05https://t.co/dWI9kBbQ9C#ROSÉ #로제 #BLACKPINK #블랙핑크 #Seasons_Greetings #fromHANKandROSÉtoyou #2024 #COMINGSOON #YG pic.twitter.com/RW05uNjq7P
— BLACKPINKOFFICIAL (@BLACKPINK) November 3, 2023
Namun begitu, ada yang percaya bahawa ini adalah projek solo Rosé bersama anjing kesayangannya, Hank.
Mesti ramai dah overthinking kan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Peminat Makin Sangsi, Hanya Rosé Ahli BLACKPINK Perbaharui Kontrak Dengan YG? first appeared on KimchiDaily.my.


