Peminat Persoal Tindakan Jeon Somi Tayang ‘Tumbler’ Starbucks

Music
27 Dec 2023 • 12:25 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Tindakan penyanyi popular Korea Selatan, Jeon Somi yang menayangkan bekas air Starbucks di media sosial telah berjaya menarik perhatian ramai peminat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi yang berusia 22 tahun itu, dia menunjukkan tutorial menggunakan alat solekan dengan gaya tersendiri kepada peminat.

Somi minum Starbucks?

Bagaimanapun, pelantun lagu Anymore itu yang minum menggunakan bekas air dari jenama terkenal, Starbucks mengundang tanda tanya ramai.

Mana tidaknya, susulan konflik yang berlaku di antara Palestin-Israel, seluruh dunia kini sedang giat berkempen memboikot mana-mana jenama yang berpihak kepada zionis.

image is not available

 

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Ada yang kecewa dengan Somi

Bukan itu sahaja, ada segelintir peminat meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Somi yang seakan-akan mempromosikan jenama tersebut disaat ramai yang sedang bergelut untuk berjuang demi Palestin.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @Jeon Somi