Peminat Serbu KLIA, Sesak Sambut Ketibaan Pelakon Cantik Korea Selatan, Song Ji Hyo

Music
11 Nov 2022 • 11:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Seorang Artis Yang Baik Dan Cantik, Song Ji Hyo Menerima Pujian Daripada Netizen Dengan Kebaikannya

Artis terkenal Korea Selatan, Song Ji Hyo, tiba di Malaysia petang tadi untuk sesi “meets & greet” bersama peminatnya di Tropicana Gardens Mall bermula hari ini hingga 13 November.

Kehadiran pelakon yang popular menerusi siri Running Man itu di KLIA disambut meriah oleh peminat tempatan. Rata-rata mereka tiba lebih awal untuk mendapatkan peluang bergambar dengan selebriti tersebut dan mendapatkan tandatangannya.

Menerusi satu video di media sosial seorang pengguna TikTok, @onlysongjihyo suasan ketika Ji Hyo tiba dan pantas dikerumuni oleh peminatnya.

Ketika itu, turut berlaku keadaan tidak disangka apabila salah seorang peminat terjatuh ketika cuba menghampiri pelakon tersebut. Ji Hyo tanpa mengira protokol, terus berhenti dan menghulurkan bantuan kepada peminatnya.

Situasi itu mendapat pujian daripada netizen yang berpendapat artis tersebut sangat baik hati dan tidak berkira dengan statusnya sebagai seorang selebiriti popular.

image is not available
Kredit: @onlysongjihyo

Bukan itu sahaja, artis tersebut turut meluangkan masa untuk menerima surat peminat dan memberikan tandatangan kepada mereka, walaupun penerbangan dari Korea Selatan ke Malaysia pasti meletihkan.

Rata-rata komen peminatnya di media sosial tidak berhenti memujinya dengan kebaikan yang ditampilkan dan ada juga yang mengagumi dirinya yang begitu jelita.

image is not available
Kredit: @onlysongjihyo

“Saya sangat mengagumi Song Ji Hyo. Dia baik dan cantik. Tidak hairanlah dia mempunyai ramai peminat, termasuk saya. Ia akan menjadi pengalaman yang luar biasa untuk melihatnya dari dekat. Kepada sesiapa yang pergi ke [lapangan terbang/acara] anda sangat bertuah.”

image is not available
Kredit: @onlysongjihyo

Tidak hairanlah ramai peminat yang ‘jatuh hati’ dengan dirinya dan Ji Hyo boleh dikatakan antara artis Korea Selatan yang begitu popular di Malaysia, khususnya dalam kalangan peminat siri Running Man.

@onlysongjihyo

Songjihyo dari dulu sampai sekarang sama je… tak fake langsung sebab tu orang sayang image is not available#songjihyo #송지효 #koreanactor #koreanactress #songjihyoinkl #jihyoxglutanex #foryoupage #fypシ

♬ suara asli – DENII – DENII

Sumber: @onlysongjinyo via Tiktok