Peminat Tempatan Puas! ONEUS Gegar Kuala Lumpur Di Konsert Jelajah Ke-2 ‘La Dolce Vita’

Music
5 May 2024 • 9:19 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Penantian peminat tempatan ONEUS akhirnya membuahkan hasil apabila kumpulan K-Pop hadir menggegarkan Kuala Lumpur Sabtu lalu!

Kumpulan tersebut berjaya memukau hampir 1,000 penonton sewaktu konsert 2024 ONEUS 2ND WORLD TOUR ‘La Dolce Vita’ in Kuala Lumpur dianjurkan oleh Soul & Joy Entertainment, anjuran bersama SEAE dan Shining Star, dengan 43 sebagai promoter.

ONEUS yang dianggotai oleh Seoho, Leedo, Keonhee, Hwanwoong dan Xion, amat popular di peringkat antarabangsa sejak memulakan kerjaya pada tahun 2019 di bawah label RBW.

image is not available

Bukan hanya penonton yang teruja, malah anggota ONEUS sendiri tidak dapat menyembunyikan rasa teruja mendengarkan teriakan peminat yang sama-sama menyanyikan lagu mereka seperti “LUNA”, “LIT”, “Valkyrie”, “COME BACK HOME”, “STUPID LOVE”, “Baila Comingo”, “Black Mirror” dan banyak lagi.

Malah mereka turut sempat menari lagu trending di Malaysia iaitu ‘Alamak Raya Lagi!’ sekaligus membuktikan bahawa mereka menyediakan pelbagai interaksi menarik buat semua. Bukan itu sahaja, ONEUS turut tampil memakai baju melayu buat tatapan peminat yang baru sahaja menjalani Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

image is not available

Dah rindu ONEUS lah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.