Peminat Teruja, Hun Haqeem Jadi Pelakon Utama Drama ‘W: Two Worlds’ Versi Malaysia

13 Apr 2023 • 3:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Peminat tak sabar dengan penampilan Hun Haqeem di dalam drama ‘W: Two Worlds’

Peminat Teruja, Hun Haqeem Jadi Pelakon Utama Drama ‘W: Two Worlds’ Versi Malaysia. Drama Korea atau lebih dikenali sebagai K-Drama sering menjadi bualan ramai kerana jalan penceritaan yang menarik dan juga para pelakon bukan sahaja hebat, malah kacak dan cantik.

Bagi yang belum tahu, drama ‘W: Two Worlds’ yang diterajui oleh pelakon Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo, merupakan sebuah melodrama romantik yang akan diadaptasikan dalam versi Malaysia.

image is not available
Kredit: mstar

Platform penstriman Viu bakal menghasilkan sebuah siri adaptasi dari K-Drama tersebut yang akan dilakonkan oleh anak kelahiran Sarawak, Hun Haqeem yang memegang peranan utama bersama pelakon wanita, Daiyan Trisha.

Bagaimanapun, menerusi satu hantaran di laman TikTok, @kmaniamy membuat perkongsian mengenai para pelakon. Difahamkan, ‘W: Two Worlds’ versi Malaysia itu akan ditayangkan di platform Viu tidak lama lagi.

@kmania.my

Weh korang. Drama popular Korea “W Two Worlds” lakonan Lee Jong Suk & Han Hyo Joo akan diadaptasi untuk versi Malaysia tak lama lagi. Excited pula rasanya nak tengok Kang Chul (Hun Haqeem) & Oh Yeon Joo (Daiyan Trisha) versi kita. So stay tuned dengan #ViuMalaysia untuk update #WTwoWorlds

♬ original sound – KmaniaMY – KmaniaMY

Hun Haqeem berlakon menusuk kalbu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar dan teruja dengan penampilan Hun Haqeem sebagai watak utama. Peminat percaya pelakon berusia 25 tahun itu sesuai untuk watak utama kerana lakonannya akan menyentuh jiwa.

Para pelakon yang turut membintangi ‘W: Two Worlds’ versi Malaysia ialah Juara Hero Remaja 2021 yang kacak, Mierul Aiman, pelakon terkenal Elizabeth Tan dan banyak lagi.

Baca juga kisah yang berkaitan: