Peminat Teruja Lee Jae Wook Datang Malaysia, Siap Kirim Pesanan Dekat Naksu!

20 Dec 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kehadiran Lee Jae Wook telah disambut meriah oleh peminat yang menunggunya di KLIA semalam. - Gambar dari Twitter @MyKpopHunterss

Kedatangan pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Jae Wook ke Malaysia telah disambut meriah oleh para peminat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam. 

Pelakon utama drama bersiri Alchemy of Souls yang sedang meledak di Netflix itu tiba dalam busana hoodie serba putih dan bertopi hitam. 

Menerusi video yang tular di media sosial, Jae Wook dilihat terkejut membuntangkan mata tidak menyangka kehadirannya disambut penuh hangat oleh peminat di Malaysia. 

Ramai yang turut berkongsi keterujaan di media sosial dan memberikan respons yang lucu terhadap kedatangan Jae Wook buat pertama kali ke negara ini. 

image is not available
Lee Jae Wook - Gambar dari Mydramalist

“Akhirnya, aku bernafas udara yang sama dengan Jae Wook!” tulis satu komen. 

“Pergilah lepak mamak dengan Jackson Wang,” kata komen yang lain memandangkan Jackson baru sahaja melangsungkan konsertnya di Malaysia beberapa hari lalu.

“Sesiapa tolong bagitahu dia Bu Yeon itu Naksu,” kata seorang pengguna  bergurau mengenai drama Alchemy of Souls yang  mendaki tangga paling banyak ditonton setiap minggu.

Pelakon itu terbang ke Malaysia bagi menghadiri program Annyeong Kawan anjuran Kementerian Pelancongan Korea Selatan sebagai usaha mempromosikan negara itu sebagai hub pelancongan dunia. Program itu  bakal berlangsung hari ini di PJPAC, 1 Utama hari ini. - Getaran, 20 Disember 2022 

View Original Article