Peminat Teruja Mahu Tonton Lakonan Park Seo Joon Dalam Filem The Marvels

Movie
3 Oct 2023 • 8:55 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Filem antarabangsa ditunggu-tunggu, The Marvels telah mengeluarkan poster rasmi yang memaparkan barisan pelakon, antaranya bintang terkenal Korea Selatan iaitu Park Seo Joon.

image is not available

Terkenal dengan bakatnya yang luar biasa dan berkarisma, Park Seo Joon merupakan pelakon Korea Selatan ketiga yang berlakon dalam siri Marvel selain pelakon Claudia Kim (Avengers: Age of Ultron) dan Ma Dong Seok (Eternals).

Menurut laporan The Direct, Park Seo Joon akan melakonkan watak Putera Yan dan merupakan sekutu kepada Captain Marvel.

image is not available

Pada December 2022, berita mengenai penyertaan Park Seo Joon dalam siri Marvel membuatkan peminat seluruh dunia teruja. Watak Park Seo Joon telah diumumkan pada April lalu.

Poster filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Brie Larson, Teyonah Parris, Iman Vellani dan Samuel L. Jackson.

image is not available

Marvel telah memuat naik poster tersebut di Instagram Marvel Studio sekali gus rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mereka tidak sabar untuk menonton lakonan Park Seo Joon.

Nak tengok sebab ada Park Seo Joon

image is not available

Filem The Marvels akan ditayangkan pada 10 November ini. Jom ramai-ramai tonton lakonan Park Seo Joon nanti dalam filem ini. Tak sabarnya!