Peminat United Maut Selepas Bergaduh Dengan Penyokong Arsenal

31 Oct 2024 • 4:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Peminat United Maut Selepas Bergaduh Dengan Penyokong Arsenal

Seorang peminat Manchester United dilaporkan maut di Uganda selepas terlibat dalam satu pergaduhan dengan penyokong Arsenal, menurut laporan akhbar Afrika.

Polis tempatan kini sedang memburu penyokong Arsenal yang dikatakan telah melarikan diri selepas didakwa menyerang mangsa (peminat United) dengan sebatang kayu besar.

Menurut Metro UK, itu adalah senjata yang dipercayai mungkin menjadi punca kematian mangsa, lapor akhbar Uganda, The Daily Monitor.

Ketika kejadian, kedua-dua mereka menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Liverpool yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 pada Ahad lalu.

Difahamkan, pertengkaran bermula selepas Liverpool menyamakan kedudukan pada minit ke-81, di mana mangsa dilaporkan memprovokasi penyokong Arsenal tersebut sebelum membaling bertih jagung ke arah kepalanya.

“Saya menerima maklumat pada pagi Isnin bahawa dua lelaki bergaduh pada malam Ahad di Pusat Perdagangan Kyobugombe.

“Salah seorang daripada mereka telah dibawa ke Pusat Kesihatan Bukinda untuk rawatan sebelum dirujuk ke Rugarama, di mana dia meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” jelas Pengerusi LCIII Sub Kaunti Kaharo, Edmond Tumwesigye.

Menurut Tumwesigye, pergaduhan bermula di sebuah dewan tayangan video di Kyobugombe.

Ketika Liverpool berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-81, mangsa dilaporkan bersorak gembira, menyebabkan penyokong Arsenal tersebut berang.

Mangsa kemudiannnya membaling bertih jagung ke arah penyokong Arsenal, sekali gus mencetuskan pertengkaran antara mereka.

“Selepas perlawanan tamat, penyokong Arsenal itu mengambil sebatang kayu dan memukul peminat Manchester United, yang kemudiannya rebah,” jelas Tumwesigye lagi.

Dalam pada itu, Komander Polis Daerah, Joseph Bakaleke, mengesahkan pihaknya menerima maklumat bahawa dua lelaki yang menyokong pasukan berbeza terlibat dalam pergaduhan.

“Kami berusaha menenangkan keluarga mangsa sementara operasi memburu suspek diteruskan bagi membantu siasatan.

“Kami juga akan mendapatkan keterangan daripada saksi yang berada di tempat kejadian untuk membantu siasatan,” tambah beliau.

Sumber: Metro UK

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved