Pemindahan Sel Tunjang Sperma Diuji Untuk Merawat Ketidaksuburan

WorldTechnologyDigitalSpace
8 Apr 2025 • 2:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Azoospermia ialah situasi di mana ketidaksuburan berlaku kerana air mani tidak mengandungi sperma. Ini disebabkan masalah genetik, saluran pembiakan tersumbat, isu kesihatan dan juga rawatan yang diterima semasa kecil. Penyelidik dari Cedars-Sinai Medical Center telah memulakan kajian melihat sama ada pemindahan sel tunjang sperma boleh menyelesaikan isu kesuburan yang dikesan pada 1% lelaki di dunia.

image is not available

Pesakit berusia awal 20an menerima pemindahan sel tunjang milik diri sendiri yang diambil semasa beliau masih kecil. Ia diambil sebelum beliau menerima rawatan kanser tulang yang diketahui boleh menyebabkan ketidaksuburan kepada manusia. Sel tunjang dimasukkan ke kawasan rete testis yang menghasilkan sperma pada tubuh manusia pada 26 Mac lalu. Penyelidik kini akan mengambil sampel air mani beliau dua tahun sekali untuk melihat sama ada sperma kini kembali dihasilkan oleh tubuh.

Masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada rawatan ini berjaya ataupun tidak. Setakat ini tidak kesan sampingan negatif dilihat pada tisu testis dan hormon tubuh penerima pemindahan sel tunjang sperma manusia pertama dunia. Kajian yang dilakukan sebelum ini berjaya mengembalikan kemampuan menghasilkan sperma pada tikus dan beruk.

View Original Article