
Kota Kinabalu: Pemindahan sembilan polis di Selangor yang “bermasalah” ke negeri Borneo hanya melibatkan Sarawak, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Perpindahan mereka yang pangkatnya terdiri daripada konstabel kepada sub-inspektor, adalah dalam tindakan tatatertib selepas didakwa memeras ugut seorang ahli perniagaan di Gombak berhubung kes dadah baru-baru ini.
Bagaimanapun, Acryl berkata lokasi perpindahan mereka masih belum dimuktamadkan.
