Pemindahan semula peniaga di Tawau akhirnya selesai

24 Sep 2025 • 3:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Isu pemindahan peniaga kuih dan daging babi di Pasar Tanjung Tawau susulan projek pengubahsuaian pasar berjaya diselesaikan secara baik selepas sesi dialog diadakan bersama pihak terlibat pada Isnin.

Difahamkan perkara itu sebelum ini mendapat bantahan daripada peniaga terlibat yang mendakwa tidak menerima sebarang notis bertulis, sebaliknya hanya nota lisan meminta mereka berpindah kerana kawasan itu akan dijadikan klinik.

“Kebanyakan peniaga pada awalnya tidak mengetahui maklumat lanjut tentang perkara itu. Bagaimanapun selepas sesi dialog dijalankan kata sepakat akhirnya dicapai dan isu ini dapat diselesaikan secara baik,” kata Adun Sri Tanjong Justin Wong.

Menurutnya, peniaga terjejas oleh pemindahan sebelum ini tidak memahami butiran sepenuhnya sehingga menyebabkan mereka membantah.

Katanya, perbincangan itu dihadiri bersama jurutera Majlis Perbandaran Tawau (MPT), pihak pengurusan pasar, penguatkuasa majlis, wakil klinik serta pengerusi persatuan peniaga.

Justin berharap tapak baharu yang akan disediakan untuk peniaga terlibat mempunyai kelengkapan infrastruktur asas bagi memastikan mereka dapat meneruskan mata pencarian dan memberi lebih keselesaan kepada pengguna.

 Katanya, projek pengubahsuaian besar-besaran di Pasar Tanjung Tawau bukan sahaja memberi manfaat kepada peniaga agar dapat menikmati suasana perniagaan lebih baik, malah merupakan satu berita gembira buat masyarakat.

“Saya menyokong penuh usaha ini, namun saya ingin tegaskan tapak baharu untuk peniaga kuih dan daging babi perlu dilengkapi kemudahan asas seperti sistem pengudaraan yang baik serta laluan keluar masuk yang selesa, demi memenuhi keperluan peniaga dan pengguna,” katanya.

View Original Article