Pemohonan Najib Razak Dan Anak Tangguh Prosiding Kebankrapan Ditolak Mahkamah Tinggi

Politics
29 Jul 2024 • 11:59 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
najib razak

Permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 Billion dan RM37.6 Juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) gagal.

Ini selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan penangguhan oleh dua beranak itu selepas ia dimaklumkan sendiri peguam mereka, Muhammad Farhan Muhammad Shafee.

image is not available

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2020 telah membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus untuk cukai yang dinilai terhadap Najib dan anaknya.

Walau bagaimanapun, LHDN telah melakukan prosiding kebankrapan terhadap Najib dan anaknya di Mahkamah Tinggi Insolvens pada 2021.

image is not available

Jap!