Pemotongan 20 peratus gaji menteri diteruskan - PM

Politics
12 Dec 2023 • 1:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - Pemotongan gaji menteri sebanyak 20 peratus sebulan seperti yang diumumkan sebelum ini akan diteruskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia sejurus rombakan Kabinet yang diumumkan beliau dengan lantikan lima menteri baharu hari ini.

“Pemotongan 20 peratus gaji diteruskan, melainkan Perdana Menteri tidak ada potongan, sebab (Perdana Menteri) tidak ada gaji,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman rombakan Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, di sini pada Selasa.

Pada Disember tahun lalu, Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Beliau berkata langkah tersebut diambil sebagai semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat.

Seramai lima menteri baharu dilantik untuk menerajui beberapa kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan hari ini.

Mereka adalah Gobind Singh Deo (Digital), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kesihatan), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Perladangan dan Komoditi), Steven Sim (Sumber Manusia) dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Kewangan II). - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved