
Pempengaruh Dirogol Bergilir-Gilir Tujuh Lelaki
NEW DELHI — Seorang wanita warga Sepanyol berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol oleh tujuh lelaki secara bergilir-gilir di daerah Dumka Jharkhand, India pada Jumaat lalu, lapor Times of India.
Mangsa Fernanda, 35, yang juga seorang pempengaruh mendakwa dia dan suaminya, Vincente sewaktu kejadian telah diserang oleh sekumpulan lelaki terbabit. Difahamkan, mereka ketika itu dalam perjalanan menuju ke Nepal dengan menaiki basikal.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka telah ditahan oleh sekumpulan lelaki di kawasan separa hutan kira-kira 2 kilometer (km) dari jalan utama.
Insiden itu tular di media sosial selepas mangsa telah memuat naik satu video di Instagram mendakwa dirinya telah diperkosa oleh tujuh individu terbabit sewaktu kejadian.
“Sesuatu telah berlaku kepada kami dan kami tidak dapat pertolongan daripada sesiapa, iaitu tujuh tujuh lelaki telah memperkosa saya. Mereka telah memukul dan merompak kami,” kata wanita tersebut dalam video tular
Hati hati sapa yang travel ke India, travel blogger end up kena rog*l dengan 7 orang india. Dah la kena rog*l pastu kena belasah lagi. kena rog*l depan suami. India ni breed lain macam, breed syaitan rasanya. Selain suka bercakap telefon perangai dia suka follow orang asing. pic.twitter.com/zZ6STJbgg2
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 3, 2024
Sementara itu, Ketua Polis Dumka, SP Pitamber Singh Kherwar berkata, semua suspek telah dikenal pasti dan empat daripadanya telah ditangkap oleh pihak berkuasa.
Tambah Pitamber, mangsa telah membuat aduan kepada pihak polis sekitar jam 11 malam berhubung kejadian.
Hasil siasatan mendapati mangsa mengalami lebam-lebam manakala suaminya cedera. Berikutan itu, pasangan terbabit telah dibawa ke hospital untuk mendapatan rawatan lanjut.
“Hasil pemeriksaan oleh doktor turut mengesahkan mangsa telah dirogol,” katanya.
Kedua-dua mereka telah ditempatkan di lokasi selamat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 164 CrPC, kata Timbalan Pesuruhjaya Dumka, Anjaneyulu Dodde.
Untuk makluman, kedua-dua pasangan itu menggunakan nama Vueltaalmundoenmoto di platform Instagram dan memiliki pengikut seramai 229,000.
Sumber: Times Of India
The post Pempengaruh Dakwa Dirogol Bergilir-Gilir Tujuh Lelaki appeared first on Siakap Keli.

