Pempengaruh Di UAE Kini Wajib Memiliki Lesen Pengiklanan Untuk Mempromosikan Produk

LocalBusiness & Finance
6 Feb 2026 • 3:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pempengaruh kini bukan lagi sekadar individu mencari mata pencarian separuh masa tetapi telah menjadi kerjaya sebenar dengan ada yang mengaut keuntungan jutaan ringgit setahun. Ini adalah seba LHDN menerbitkan garis panduan pendapatan yang perlu diisytiharkan bagi tujuan percukaian.

Emeriah Arab Bersatu (UAE) sejak 1 Februari lalu akhirnya mewajibkan keperluan pempengaruh media sosial kini memiliki lesen pengiklanan sebelum dibenarkan melakukan sebarang promosi di atas talian. Pengumuman mengenai keperluan lesen ini diumumkan tahun lalu.

image is not available

Sekiranya mereka gagal mempunai lesan, denda 1 juta AED (~RM 1,075 juta) akan dikenakan oleh pihak berkuasa. Keperluan lesen merangkumi pempengaruh yang melakukan promosi di media sosial, blog, laman web dan sebarang platform digital. Lesen adalah wajib bagi pempengaruh dengan status warganegara, penduduk dan pelawat yang menghasilkan kandungan iklan di dalam UAE. Lesen pula adalah sah selama setahun untuk warganegara dan 3 bulan untuk bukan warganegara.

Iklan yang dipaparkan perlu memenuhi 20 piawaian kandungan mandatori yang dikeluarkan oleh Majlis Media UAE. Nombor permit perlu dipaparkan dengan jelas pada profil media sosial. Pelepasan hanya diberikan kepada akaun peribadi yang mempromosikan perkhidmatan atau produk sendiri serta individu bawah 18 tahun yang menghasilkan kandungan pendidikan, budaya, sukan atau khidmat pesanan masyarakat.

Lesen diperkenalkan bagi meningkatkan tahun profesionalisme dan ketelusan industri iklan digital. dan pada waktu yang sama melindungi orang awam daripada kandungan mengelirukan atau berbahaya.

View Original Article