Pempengaruh ditahan kes pengabaian kanak-kanak positif THC

LocalFamily & Parenting
22 Apr 2026 • 7:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pempengaruh ditahan polis bagi membantu siasatan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan bawah umur yang didapati positif tetrahydrocannabinol (THC). Gambar hiasan

MELAKA - Seorang pempengaruh terkenal dari Melaka ditahan polis bagi membantu siasatan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan bawah umur yang didapati positif tetrahydrocannabinol (THC).

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kes itu dikesan selepas seorang pegawai perubatan di Hospital Melaka menerima mangsa dalam keadaan separa sedar pada 14 April lalu kira-kira jam 5 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ibu mangsa memaklumkan kanak-kanak tersebut diambil dari rumah pengasuh di Sungai Putat sebelum dibawa mendapatkan rawatan.

“Mangsa sebelum itu turut menerima bantuan pernafasan di zon merah Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka pada 11 April lalu.

“Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan D11 Jabatan Siasatan Jenayah Melaka menahan seorang pempengaruh berkenaan berusia lingkungan 39 tahun pada 15 April sekitar jam 9.30 malam,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil saringan air kencing ke atasnya adalah negatif.

Tambah beliau, suspek direman selama tujuh hari bermula 16 April hingga 22 April lalu sebelum disambung reman lima hari lagi sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak pendakwaan pada 22 April dan kini menunggu arahan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved