Pempengaruh Hilang: Polis Rakam Keterangan Isteri, Adik Ija Nizaruddin

17 Jul 2025 • 10:23 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis telah merakam keterangan isteri dan adik kepada Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin, yang dilaporkan hilang di Sungai Tui, Bukit Kepong sejak Isnin lalu.

Polis rakam keterangan dua individu

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, polis rakam keterangan kedua-dua individu itu pada malam Selasa bagi membantu siasatan.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut beliau, adik mangsa merupakan individu terakhir yang berjumpa dengan Tengku Nizaruddin kira-kira jam 3.30 petang pada hari kejadian di kawasan Bukit Kepong.

“Mereka berkonvoi dari Johor Bahru ke Muar dan sempat bertemu sebentar di lokasi tersebut sebelum masing-masing meneruskan perjalanan ke destinasi berbeza,” katanya.

Tambah Raiz Mukhliz, kehilangan Tengku Nizaruddin hanya disedari selepas penemuan sebuah kereta putih yang separa timbul di Sungai Tui pada petang Selasa.

image is not available

Foto: FMT

“Pasukan bomba dan penyelamat yang tiba ke lokasi telah melakukan selaman awal, namun tiada mangsa ditemui di dalam kenderaan. Kereta berjaya dinaikkan sekitar jam 7.30 malam.

“Hasil pemeriksaan menemui sepasang selipar dan topi yang dipercayai milik mangsa. Bagaimanapun, telefon bimbitnya masih belum dijumpai,” ujarnya.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Siasatan juga mendapati talian telefon mangsa sudah tidak lagi aktif sejak hari dia dilaporkan hilang.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)