Pempengaruh Jelita Ditahan, Miliki Bahan Terlarang – “Saya Alami Tekanan Perasaan..”

WorldEntertainment
21 Sep 2026 • 11:28 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh Indonesia, Julia Prastini atau lebih dikenali sebagai Jule, kembali menjadi perhatian selepas dilaporkan ditahan kerana disyaki memiliki vape mengandungi cecair etomidate.

Jule, 26, dilaporkan ditahan di sebuah kediaman di Cilandak, Jakarta Selatan selepas dipercayai membeli vape yang mengandungi bahan berkenaan.

Advertisement
View this post on Instagram

Etomidate merupakan sejenis ubat bius yang digunakan dalam bidang perubatan. Bagaimanapun, bahan itu turut dilaporkan disalahgunakan dalam produk vape bagi menghasilkan kesan khayal kepada pengguna.

Menurut laporan Detik, penahanan Jule dibuat susulan siasatan terhadap tiga individu lain termasuk seorang wanita dan seorang warga China.

Pihak berkuasa mendakwa salah seorang suspek yang dipercayai menjual vape menerima pesanan atas nama “JP”.

“Hasil siasatan terhadap salah seorang mereka yang dipercayai menjual vape, ada satu pesanan yang dikirim atas nama JP. Setelah disoal siasat, ternyata vape dengan cecair etomidate itu dibeli oleh pempengaruh Jule,” menurut kenyataan pihak berkuasa seperti dilaporkan Detik.

Polis kemudian dilaporkan mengikuti penjual berkenaan ke kediaman Jule sebelum melakukan tangkapan selepas pempengaruh itu menerima vape tersebut.

View this post on Instagram

Hasil pemeriksaan di kediamannya turut menemukan sebuah vape yang sudah kosong.

Dalam pada itu, Jule dilaporkan menjalani ujian air kencing dan hasil pemeriksaan berkenaan didakwa menunjukkan keputusan positif.

Jule juga dikatakan mengakui kepada pihak polis bahawa dia baru menggunakan vape mengandungi etomidate sejak dua hingga tiga minggu lalu dengan alasan mengalami tekanan.

Untuk rekod, Jule sebelum ini menjadi perhatian selepas rumah tangganya bersama cef warga Korea Selatan, Na Daehoon berakhir pada penghujung tahun lalu susulan kontroversi membabitkan dakwaan kecurangan dengan peninju, Sjafrie Ramadhan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Pempengaruh Jelita Ditahan, Miliki Bahan Terlarang – “Saya Alami Tekanan Perasaan..”2026-09-21 10:27:57

“Saya Yang Tinggal Zul Sebab Tak Serasi” – Abby Abadi Jawab Dakwaan Pernah Ditinggalkan Pelakon Lelaki

The post Pempengaruh Jelita Ditahan, Miliki Bahan Terlarang – “Saya Alami Tekanan Perasaan..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved