Pempengaruh Nelysa Norazlan hadiahkan mainan excavator digging buat kanak-kanak istimewa

LocalFamily & Parenting
21 Feb 2025 • 5:08 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kanak-kanak tular yang menghidap sindrom caudal regression, mendapat perhatian ramai. Rata-rata sebak melihat kesungguhan dan usaha kanak-kanak ini yang begitu bersemangat ke sekolah.

Walaupun baru sahaja memasuki pra persekolahan, dia tidak bosan untuk ke sekolah.

Kisahnya yang tular itu juga membuatkan orang ramai bersimpati dan menghulurkan sumbangan. Tidak terkecuali, seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Nelysa Norazlan sudi memberikan hadiah permainan buat si kecil ini.

Kelihatan si kecil sangat gembira bermain dengan jengkaut (excavator digging) yang dihadiahkan padanya.

Menerusi hantaran di TikTok ibunya Siti Azah, anaknya yang mesra dipanggil Adik itu turut gembira apabila beberapa menyambut kedatangan beberapa pegawai polis yang datang ke sekolah dengan menaiki kereta peronda polis dan membunyikan siren sebaik tiba di sekolah.

Adik atau nama sebenarnya Muhammad Shairid diberi peluang oleh pegawai polis untuk duduk di tempat pemandu dan memegang stereng kereta. Kelihatan wajahnya sangat ceria dan gembira pada hari tersebut.

@sitiazah87

tak tau DTG Dr siapa…terima kasih memberi ..maaf .ramai yg minta alamat..sbb tu sy tak tau siapa yg bagi..terima kasih ye Su pemberi..semoga dimewahkan rezekinya.. dipermudahkan urusan nya..dan diberikan kesihatan yg baik..aminn #oku #caudalregressionsyndrome #cleftlipsnpalate #kpsjdt #ibuanak5 ✌️ #pejuanghidupbahgia #pejuanghidupbahgia #malaysianindonesia #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – are-zah – are-zah

Terdahalu, Siti Azah berkongsikan gelagat anaknya yang memasuki pra sekolah dan mencuri tumpuan ramai. Siti Azah tidak henti-henti memberikan sokongan buat anaknya. Walaupun serba kekurangan, namun anaknya dilihat seperti insan sebayanya yang bersemangat untuk bersekolah.