
Seorang lelaki berusia 24 tahun meninggal dunia di Hospital Jasin, Melaka selepas diserang dan ditetak oleh sekumpulan lelaki bertopeng kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi, mangsa telah diserang oleh sekumpulan lelaki bertopeng itu menggunakan parang pada jam 8.40 malam di sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru, Jasin.
Mangsa yang cedera sempat menghubungi adik lelakinya berusia 22 tahun bagi mendapatkan pertolongan dengan membawanya ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, sebaik tiba di bahagian kecemasan hospital, penyerang mengejarnya dan mula menyerangnya tanpa belas kasihan malah memecahkan cermin depan kereta.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 10.15 malam. Tiga suspek berusia 21 hingga 31 tahun berjaya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jap!


