Pemuda biadap anak guru rupanya! Caprice beri duit, pesan jaga mak

3 May 2024 • 9:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Caprice beri duit kepada pemuda biadap yang memaki anaknya, Airiel Qashaf di direct message (DM) baru-baru ini selepas membawanya menunaikan solat di masjid.

Seram tengok isteri Cap marah

Tindakan berkenaan dibuat setelah menemukan pemuda terbabit dengan isterinya, Farra Inalis yang begitu marah dengan kata-kata kasar dilemparkan ke atas bayinya.

Caprice beri duit, saling bermaafan

Walaupun permintaan Farra Inalis atau Elis menjadi perdebatan ramai di media sosial susulan menyuruh pemuda berkenaan berlutut meminta maaf, namun cara Caprice menangani masalah terbabit dengan memberi pengajaran kepada individu tersebut dipuji warganet.

Setelah selesai solat, mereka saling bermaafan dan berpelukan sebelum Caprice memberikan sedikit duit kepada pemuda itu bagi diserahkan kepada ibunya.

Caprice beri duit suruh bagi kepada mak, pemuda anak cikgu rupanya

Dia yang memaklumkan bahawa pemuda terbabit adalah anak seorang guru turut berpesan supaya dia menjaga ibunya serta tidak melakukan tindakan kurang bijak seperti tempoh hari.

image is not available

Benda negatif dibalas positif

Perkongsian Caprice atau pemilik nama sebenar, Ariz Ramli menerima pelbagai respon daripada warganet di media sosial.

Kebanyakan mereka mengakui tidak mampu melakukan hal sama seperti pempengaruh itu jika anak yang tidak berdosa dimaki dengan kata-kata sebegitu teruk.

Mereka juga berharap pemuda itu belajar sesuatu dari apa yang telah dilakukan dan tidak mengulangi lagi kesilapan.

image is not available

 

Harap dia belajar sesuatu hari ini

image is not available

Terima kasih Cap tunjuk akhlak yang baik

image is not available

Kalau orang lain mungkin muka kau lebam

 

image is not available

Terdahulu, Caprice telah mencari pemuda terbabit susulan tindakannya yang memaki hamun anaknya bersama Elis dengan kata-kata kesat serta menyamakan dengan dajjal kecil serta haiwan.

Perkara itu telah membangkitkan kemarahan pempengaruh terbabit serta isterinya yang bersungguh mengesan keberadaan pemilik akaun Instagram tersebut sebelum memuat naik gambar pemuda berkenaan beserta keluarga sebagai peringatan.

Sumber: Instagram Caprice