Pemuda buat kejutan untuk kekasih, beri 21 hadiah sempena hari jadi – “Penat tapi berbaloi”

Entertainment
14 Feb 2024 • 11:22 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pemuda buat kejutan untuk kekasih dengan memberikan 21 hadiah sempena ulang tahun kelahiran ke-21 sehingga mendapat pujian daripada netizen.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, @eky.__ telah memuat naik beberapa foto memaparkan usaha gigihnya dalam membuat persiapan bagi menjayakan kejutan tersebut.

Pemuda buat kejutan untuk kekasih

image is not available

Menurut pemuda bernama Eky itu, dia berkata kepada kekasih kononnya mereka tidak dapat bertemu pada hari jadi gadis tersebut.

Tanpa pengetahuan teman wanitanya, Eky telah lama membuat persiapan dengan menyediakan 21 hadiah buat gadis yang dikenali sebagai Hani itu.

image is not available

Malahan, Eky juga berusaha menghasilkan sendiri hiasan bagi hadiah-hadiah yang disediakan seperti hadiah berbentuk hati yang dibuat daripada kotak makanan ringan.

Tidak cukup dengan itu, pemuda berkenaan juga telah menyewa kereta bagi memudahkannya untuk membawa semua hadiah yang telah disediakan untuk teman wanitanya.

image is not available

Malangnya, kereta sewa Eky mengalami kerosakan ketika dalam perjalanan dari Segamat ke Permas Jaya sehingga terpaksa berhenti di tepi jalan.

“Selepas sejam, baru staf pemilik datang untuk tukar dengan Exora. Alhamdulillah, staf dia semua okay siap gosip pasal company lagi,” seloroh Eky.

Pemuda buat kejutan untuk kekasih, bagi 21 hadiah

image is not available

Setibanya di Permas Jaya, Eky menyamar menjadi pemandu Grab sebelum menyampaikan hadiah kejutan kepada teman wanitanya itu.

Kata Eky, kejutan itu membuahkan hasil kerana ia berjaya memujuk teman wanita yang pada awalnya merajuk kerana tidak dapat menyambut hari jadi bersama-sama.

Bercerita lanjut, Eky dan teman wanitanya meluangkan masa bersama dengan makan bersama dan bersiar-siar menaiki kereta.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Eky bagi menghargai teman wanitanya.

“Kalau dia nak, dia buat!”

image is not available

Penat tu terasa sampai sini

image is not available

Comelnya…

image is not available

Seronok tengok macam ni

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga warganet yang mendoakan pasangan itu agar mereka sentiasa bahagia dan hubungan mereka kekal lama.

Semoga bahagia selalu

image is not available

Semoga kekal!

image is not available

Harap itu jodoh awak dik!

image is not available

Tidak kurang juga terdapat komen netizen yang meminta pasangan masing-masing untuk membuat kejutan seperti yang dilakukan oleh Eky.

Taknak buat ke?

image is not available

Nak 21 hadiah jugak!

image is not available

Nak 17 hadiah

image is not available

Bestnya kalau ada pasangan yang tunjuk effort macam ni, memang terasa bahagia je lah!

Sumber: TikTok @eky.__