Pemuda Bun*h Ibu Bapa, Sakit Hati Dari Kecil Sampai Besar Asyik Diherdik – “Sejak Lahir Kau Tak Pernah Banggakan Kami”

13 Aug 2023 • 1:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam satu kejadian yang berlaku di Jawa Barat, seorang pemuda ditahan selepas membunuh kedua orang tuanya gara-gara berdendam dan menyimpan rasa sakit hati yang melampau.

Lelaki berusia 23 tahun itu, Rifki Azis Ramadan telah menggunakan sebilah parang untuk membunuh ibunya, Sri Widiastuti, 43, dan menetak bapanya, Bakti Ajis Munir, 49, pada Khamis lalu.

image is not available

Menurut polis tempatan, pemuda itu membuat pengakuan ketika disoal siasat dan berkata dia membunuh kerana sering dimarahi sejak kecil dan orang tuanya sering mengherdiknya dengan kata-kata negatif.

Kata Rifki, bapanya cakap ayat seperti ‘kau dari lahir sampai sekarang, bagitau satu perkara yang pernah buat orang tua kau bangga?'”

Tambahnya, menerusi maklumat diterimanya suspek memang kerap dimarahi sebegitu sejak dari dia bersekolah sehinggalah menginjak ke usia dewasa.

image is not available

image is not available

Laporan mendedahkan bapanya maut akibat kecederaan parah akibat ditetak dan ibunya pula meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam 50 kali.

Rifki berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah membunuh kedua-dua ibu bapa kandungnya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

"Saya Baru Lepas Bun*h Orang" - Suspek Tak Larikan Diri, Mayat Lelaki Berlumuran Darah Dijumpai Dalam Teksi

View Original Article