Pemuda dipercayai pengedar dadah ditahan

5 Jan 2023 • 9:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki ditahan di rumahnya di Taman Permai pada pagi Rabu kerana dipercayai mengedar dadah. - Gambar hiasan

SIBU - Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan di rumahnya di Taman Permai, di sini jam 11.30 pagi Rabu kerana dipercayai mengedar dadah.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dalam kenyataan berkata, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang membuat serbuan ke rumah itu menemukan dua balutan kertas timah berwarna keemasan berisi ketulan mampat daun-daun kering dipercayai ganja.

Beliau berkata, polis turut menemukan 11 peket plastik lut sinar berisi daun-daun kering yang juga dipercayai ganja.

"Turut dirampas adalah sembilan botol kecil cecair vape dengan isipadu 10 milimeter disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat kasar 173.7 gram dengan nilai RM900,” katanya.

Katanya, berat ganja dirampas adalah 2.343 kilogram bernilai RM6,759.

Zulkipli berkata, saringan air kencing suspek negatif namun dia mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

"Lelaki itu kini ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved