Pemuda direman kes liwat budak lelaki 4 tahun

LocalPolitics
8 Dec 2024 • 4:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lelaki yang disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Oktober lalu ditahan reman empat hari.

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang direman selama empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes meliwat kanak-kanak berusia empat tahun pada Oktober lalu.

Perintah reman ke atas pemuda berusia 23 tahun itu itu dikeluarkan Majistret R Salini bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, suspek berpakaian lokap polis berwarna ungu dibawa ke mahkamah pada Ahad untuk mendapatkan perintah reman itu selepas ditahan polis pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam kenyataannya memberitahu suspek warga tempatan itu ditahan di kawasan Taman Perindustrian Tampoi Jaya di sini, kira-kira jam 3.20 petang.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati suspek adalah anak kepada pengasuh mangsa yang telah dijaga sejak dua tahun lalu dan mangsa diliwat sebanyak dua kali sekitar Oktober lalu.

Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved