Pemuda disyaki hina Islam, Nabi Muhammad direman

19 Jul 2022 • 4:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA KRAI - Seorang penganggur yang dipercayai menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW menerusi satu hantaran video, direman empat hari bermula Selasa.

Lelaki berusia 35 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira 9.45 pagi diiringi anggota polis.

Perintah reman sehingga 22 Julai itu dikeluarkan oleh Majistret Amal Razim Alias bagi siasatan mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Pada Isnin, lelaki itu ditahan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, selepas polis menerima laporan suspek menghina agama Islam menerusi akaun Facebook Saidinar Dina (Bos Dina). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved