Pemuda Jalankan Misi 30 Hari 30 Masjid Sepanjang Ramadan

7 Mar 2025 • 8:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Pemuda jalankan misi 30 hari dengan mengunjungi 30 masjid sepanjang Ramadan dan sudah memulakan kegiatannya sejak awal puasa lagi.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai Syakzsendu telah memuat naik momennya sewaktu pergi ke beberapa masjid bermula dari hari pertama Ramadan.

Pemuda jalankan misi sepanjang Ramadan

Pengguna TikTok itu telah berkongsi perjalanannya yang menunggang motosikal dari satu masjid ke masjid yang berbeza setiap hari sepanjang hampir seminggu berpuasa.

Pemuda jalankan misi ke masjid-masjid

Dapat dilihat, dia sudah ke beberapa buah masjid seperti Masjid Sri Sendayan, Masjid Putra, Masjid Damansara Perdana dan beberapa buah lagi.

@syakzsendu

Replying to @greentea Day-3 Ride 30 Hari 30 Masjid,Harini kita berdua dengan @Daniel’s ride ke masjid putrajaya #syakzsendu #zx6r

♬ original sound – Syakzsendu – Syakzsendu

Terima maklum balas positif, ajak ke masjid dicadangkan

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan maklum balas positif dengan mencadangkan nama-nama masjid yang ada di Malaysia untuk dikunjungi pemuda terbabit.

image is not available

 

image is not available

 

image is not available

Sememangnya, konten-konten sebegini sangat menginspirasikan buat ramai orang lebih-lebih lagi golongan muda agar tertarik untuk ke masjid.

Semoga usaha yang dilakukan Syakzsendu memberi manfaat kepada ramai orang kerana membantu mengimarahkan lagi masjid terutama di bulan Ramadan.

Sumber: TikTok Syakzsendu