Pemuda kongsi momen sambut tahun baru di masjid, ramai ambil peluang beriktikaf

2 Jan 2025 • 9:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
sambut tahun baru

Seorang pemuda kongsi momen sambut tahun baru di masjid dengan memperlihatkan ramai orang mengambil peluang beriktikaf bagi melaksanakan qiamullail tempoh hari.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai ameer hakim, dia telah memuat naik hantaran tersebut dengan menunjukkan point of view (POV) cara menyambut tahun baru dengan cara yang baru.

@ameer_hakim_

Mulakan tahun baru dengan qiamulail beramai ramai #fyp #2025

♬ suara asli - IRVN - IRVN

Sambut tahun baru dengan cara baru

Dalam posting tersebut, dapat diperhatikan ramai orang berbaring mengikut saf di masjid dalam suasana cukup tenang sebelum memulakan qiamullail selepas bangun dari tidur.

image is not available

Sambut tahun baru dengan qiamullail beramai-ramai

Dia juga meninggalkan kapsyen ringkas mengajak orang ramai untuk memulakan tahun baru 2025 dengan berlaksanakan qiamullail secara beramai-ramai.

“Mulakan tahun baru dengan qiamulail beramai ramai,” tulisnya ringkas.

Bestnya, macam vibe qiam waktu zaman asrama

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas positif dengan merasakan program sebegini sebenarnya lebih baik berbanding aktiviti-aktiviti yang dilihat kurang bermanfaat.

Mereka juga merasakan banyak hikmahnya tahun baru masihi kali ini betul-betul jatuh pada 1 Rejab dalam bulan Islam.

image is not available

Semoga masing-masing mendapat pahala yang berganda

image is not available

Seronok betul cara sambut tahun baru macam ni

image is not available

Hikmah 1 Rejab jatuh pada malam tahun baru

image is not available

Program-program sebegini sememangnya sangat dinanti buat sebahagian besar masyarakat kerana dilihat lebih tenteram dan bermanfaat kepada kehidupan lebih-lebih lagi bagi memulakan pertukaran baru dengan azam serta cita-cita yang baharu.

Sumber: TikTok ameer hakim