Pemuda Malaysia disiasat cuba seludup dadah ke Singapura

LocalPolitics
16 Jan 2025 • 3:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pemuda Malaysia sedang disiasat di Singapura kerana cuba menyeludup dadah ke negara itu. Gambar hiasan

SINGAPURA - Seorang pemuda warga Malaysia berusia 21 tahun sedang disiasat di Singapura kerana cuba menyeludup dadah bernilai lebih S$169,000 (S$1 = RM3.29) ke negara itu, termasuk lebih 4.6 kilogram ganja, pada Selasa, kata pihak berkuasa pada Khamis.

Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata, sejumlah kira-kira 4,648 gram ganja, 542g Ice dan 250 tablet Erimin-5 ditemukan disembunyikan di pelbagai bahagian motosikal lelaki itu semasa berhenti di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Pegawai ICA menemukan satu bungkusan hitam di bahagian depan fairing motosikal tersebut sebelum memaklumkan kepada CNB untuk pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan berdaftar Malaysia itu, yang membawa kepada penemuan penuh.

"Dadah tersebut berpotensi untuk mengekalkan ketagihan kira-kira 970 penagih untuk seminggu. Siasatan sedang dijalankan,” menurut pihak berkuasa itu dalam satu kenyataan bersama pada Khamis.

Di bawah Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah 1973, individu yang mengimport atau mengeksport lebih 500g ganja atau 250g methamphetamine ke atau dari Singapura boleh dikenakan hukuman mati. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved