Pemuda maut dibaham buaya ketika memancing

LocalEnvironment
28 Jun 2025 • 5:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

KUCHING - Mayat seorang lelaki tempatan dipercayai dibaham buaya ketika memancing di Jalan Matang, Sungai Maong malam tadi ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, mangsa, Jacob Tuan, 32, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 12.30 tengah hari.

"Keadaan badan mangsa mengalami beberapa kesan kecederaan dipercayai akibat serangan buaya.

"Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mangsa sedang memancing bersama bapa mentua sebelum dibaham buaya yang menariknya ke dasar sungai dalam kejadian yang berlaku kira-kira 10 malam semalam.

Operasi SAR itu adalah kerjasama pelbagai agensi termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Perbadanan Perhutanan Sarawak.- Bernama