
Penunggang 20 Tahun Terbunuh Selepas Langgar Motosikal Remaja di Lampu Isyarat
Pemuda Maut Rempuh Motosikal Ditunggang Remaja 15 Tahun Di Sibu Jaya. Seorang pemuda berusia 20 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah motosikal lain yang berhenti di lampu isyarat di Jalan Amber, Sibu Jaya malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 9.45 malam dan melibatkan dua buah motosikal — Honda RS150 yang ditunggang mangsa, serta Modenas Kriss yang ditunggang seorang remaja lelaki berumur 15 tahun.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Siasatan awal mendapati motosikal Modenas Kriss sedang berhenti di lampu isyarat apabila dilanggar di bahagian kiri oleh motosikal Honda RS150 yang datang dari arah belakang,” jelas ACP Zulkipli dalam satu kenyataan hari ini.
Akibat perlanggaran itu, Honda RS150 terbabas lalu melanggar penghadang jalan. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Remaja berusia 15 tahun yang terlibat dalam insiden tersebut turut mengalami kecederaan pada badan dan sedang menerima rawatan di Hospital Sibu.
Polis kini menyiasat kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya.
ACP Zulkipli turut menasihatkan semua pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal, agar sentiasa berwaspada dan mengekalkan jarak selamat semasa berada di jalan raya bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
Baca juga di bawah:


