Pemuda MCA tegur MERHROM jangan besar kepala -“Siapa kamu nak ajar kerajaan Malaysia?”

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 10:20 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Lee Yee Yuan menyifatkan kenyataan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani yang mempertikaikan keputusan kerajaan untuk menghantar pulang kira-kira 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

Sistem pentadbiran negara ada undang-undang sendiri

Menerusi satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang mempunyai sistem pentadbiran dan undang-undang sendiri, justeru tiada mana-mana pihak berhak menentukan bagaimana kerajaan menguruskan hal ehwal negara.

“Pertama, siapa kamu yang hendak mengajar Kerajaan Malaysia bagaimana untuk menguruskan negara ini?” katanya.

MERHRON tiada hak tentukan keputusan

Beliau menyatakan urusan penghantaran pulang, keselamatan sempadan dan hal ehwal imigresen merupakan hak mutlak Kerajaan Malaysia, selain menyifatkan tindakan MERHROM yang menggesa ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta masyarakat antarabangsa campur tangan sebagai tidak menghormati negara ini.

“Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat, merdeka, dan mempunyai sistem perundangannya yang tersendiri.
“Kamu tidak berhak menentukan bagaimana kerajaan kami harus melaksanakan tanggungjawab terhadap negara dan rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.

Image from: Pemuda MCA tegur MERHROM jangan besar kepala -“Siapa kamu nak ajar kerajaan Malaysia?”

Gesa kerajaan kekal tegas dengan keputusan

Sehubungan itu, Lee turut menggesa kerajaan supaya kekal tegas dalam membuat sebarang keputusan yang mengutamakan kepentingan nasional serta keselamatan rakyat Malaysia.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan MERHROM supaya tidak mengambil kesempatan atas layanan baik yang diberikan Malaysia kepada pelarian selama ini.

“Justeru, saya menggesa kerajaan supaya kekal tegas dengan sebarang keputusan yang berpihak kepada kepentingan nasional dan keselamatan rakyat Malaysia.”
“Kepada MERHROM, ingat kedudukan anda. Jangan ambil kesempatan ke atas kebaikan dan budi bicara rakyat Malaysia selama ini dan jangan besar kepala,” katanya tegas.

Image from: Pemuda MCA tegur MERHROM jangan besar kepala -“Siapa kamu nak ajar kerajaan Malaysia?”

Sebelum ini, pihak MERHROM merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa keselamatan mereka masih belum terjamin.

Sumber: Facebook MCA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved