Pemuda menang cabutan bertuah RM310K, pilih masukkan duit ke dalam akaun kekasih

5 Mar 2024 • 3:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial seorang pemuda menang cabutan bertuah berupa sebuah kereta di majlis Jom Santai Food Festival di Terengganu bersama jenama pakaian tempatan, Choii.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, @hermanali87 telah memuat naik satu video memaparkan pemuda berkenaan yang telah memenangi hadiah Nissan GT-R R35.

Pemuda menang cabutan bertuah RM130K

Bagaimanapun, pemuda berkenaan memilih untuk menukar hadiah berkenaan dengan wang tunai dan kereta berkenaan telah dibuka untuk bidaan.

Selepas dibida beberapa kali, akhirnya kereta keluaran tahun 2009 itu berjaya dibida oleh seorang lelaki dengan harga RM310,000.

Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pengacara majlis itu yang juga merupakan pemilik jenama Choii, Faris Azri, lelaki yang memenangi bidaan itu perlu membuat pembayaran bidaan itu di atas pentas.

Namun apa yang mengejutkan, pemuda berkenaan meminta agar hasil bidaan keretanya itu dimasukkan ke akaun bank kekasihnya yang turut berada di majlis berkenaan.

image is not available

“Ada akaun bank? Takkan akaun bank tak ingat. Akaun bank teman wanita kamu? Panggil dia naik ke atas,” kata Faris.

Bagaimanapun, pengacara bersama iaitu pelawak Achey kurang bersetuju dengan tindakan pemuda berkenaan yang mahu memasukkan wang kemenangan itu di akaun bank teman wanitanya.

“Habis! Girlfriend kau, habis!” kata Achey.

Dalam pada itu, pemuda berkenaan turut menyatakan dia akan berkahwin dengan teman wanitanya itu dalam masa berdekatan.

Pemuda menang cabutan bertuah RM310K tapi nak masuk duit dalam akaun ‘awek’

image is not available

Pun begitu, Achey tetap memberikan peringatan kepada pemuda berkenaan untuk berhati-hati dan memikirkan tindakannya itu terlebih dahulu.

“Saya nak ingatkan, duit berada di dalam akaun dia. Awak kena hati-hati, benda ni saya nak awak fikir awal-awal.

“Benda ni tak boleh buat main,” kata Achey.

Selepas berkata begitu, orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan turut bersorak melarang pemuda itu memasukkan wang tersebut ke akaun teman wanitanya.

image is not available

“Tak boleh, kena pasang telefon. Kena masukkan ke akaun personal awak,” kata Faris.

Manakala Achey turut berkata dia tidak membenarkan wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun teman wanitanya namun akan memberi kebenaran ke akaun keluarga.

Akhirnya, perkara itu berjaya diselesaikan dengan bantuan krew acara yang terpaksa memberikan ‘powerbank’ kepada pemuda itu agar telefon bimbitnya dapat dihidupkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bengang dengan tindakan pemuda berkenaan kerana terlalu mempercayai teman wanitanya.

Nasib baik tak jadi ‘transfer’

image is not available

Bagus Faris dalam buat keputusan

image is not available

Adik beradik pun boleh berpecah sebab duit…

image is not available

Nasib syarat sedarah sedaging

image is not available

Jangan masuk duit dalam akaun awek, RM500 je pun dah gaduh

image is not available

Nasib baik ada Achey untuk pemuda menang cabutan bertuah ni

image is not available

Nasib baik Achey tak bagi! Nak masuk ke akaun teman wanita, esok-esok hilang.

Sumber: TikTok @hermanali87