Pemuda OKU jual air guna motor buat ramai tersentuh – “Gigih dia cari rezeki..”

LocalEntertainment
10 Sep 2024 • 5:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Pemuda OKU jual air

Kekurangan diri bukan menjadi penghalang buat seorang pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikenali sebagai Aniq Fitri untuk mencari rezeki dengan menjalankan perniagaan menjual air menggunakan motor.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Trulynogorisembilan di laman TikToknya, pemilik video tersebut menyapa Aniq yang ketika itu berniaga di hadapan ST Rosyam Mart, Senawang, Negeri Sembilan.

@trulynogori9

Abang Jual Air atas motor. Korang Jumpa aniq nanti support ye. @Aniq Fitri #trulynogori9 #abangrider #abangjualair #seremban

♬ original sound - TRULYNOGORISEMBILAN - TRULYNOGORISEMBILAN

Tak lekang senyuman di bibir, pemilik video terbabit tersentuh dengan semangat tinggi Aniq yang boleh dijadikan contoh serta inspirasi buat golongan belia di luar sana.

“Kali ini kami jumpa usahawan hebat. Anak muda yang kurang upaya rajin mencari rezeki untuk sara diri. Orangnya sentiasa ceria dan manis dengan senyuman.

“Walaupun Aniq ni kurang upaya tapi semangat beliau sungguh luar biasa. Bagus Aniq ni, rajin berniaga. Mungkin kita boleh jadikan Aniq sebagai contoh yang baik untuk terus bermotivasi capai impian yang kita mahukan,” kata pemilik video terbabit.

Pemuda OKU jual air

image is not available

Difahamkan, perniagaan air botol berperisa itu bukanlah milik Aniq sebaliknya dia hanya bekerja di bawah majikannya di sekitar kawasan Senawang dan Seremban pada setiap hari.

“Harga untuk satu botol RM7, beli tiga botol RM20.

“Kalau korang jumpa Aniq, jangan lupa support okay. Korang jangan takut pula kalau jumpa Aniq, walaupun Aniq OKU tapi pemikiran dia sangat matang. Bagus Aniq ni.

“Kita doakan Aniq berjaya dunia akhirat, semoga perniagaan Aniq terus maju,” ujarnya lagi.

Pemuda OKU jual air

image is not available

image is not available

Netizen bangga dengan Aniq!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bangga dengan Aniq yang berdikari dan rajin bekerja untuk menyara diri walaupun diri tidak sempurna seperti orang lain.

image is not available image is not available image is not available

Semoga dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki Aniq!

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan Aniq dipermudahkan, sentiasa diberi kesihatan yang baik dan menjadi usahawan yang hebat kelak.

image is not available

Sumber: TikTok @Trulynogorisembilan