SHAH ALAM - Sekumpulan Pemuda Pas Selangor berhimpun sambil melaungkan 'Daulat Tuanku' di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini sejurus selepas solat Jumaat.
Difahamkan perhimpunan itu diadakan sebagai tanda solidariti kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penternakan babi di negeri ini.
Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar menerusi hantaran di Facebook berkata, himpunan ringkas itu mencerminkan sokongan rakyat Selangor terhadap institusi diraja.
Menerusi gambar yang dikongsikan beliau, kumpulan itu turut membawa poster berwarna kuning bertulis 'Daulat Tuanku' sambil melaungkan slogan berkenaan ketika Sultan Selangor berangkat meninggalkan masjid.






