Pemuda Pas sifatkan Ramasamy ada jawatan 'double standard'

Politics
12 Feb 2023 • 2:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Fadhli (Gambar kanan: Tangkap layar kenyataan Ahmad Fadhli di laman Facebook pada Ahad.)

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyelar sikap ‘double standard' dalam negara ini kerana tiada sebarang tindakan dikenakan kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy berhubung kenyataan kontroversi terhadap perkhidmatan awam dan orang Melayu.

Ahmad Fadhli turut membuat perbandingan antara Ramasamy dengan pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn yang disifatkan double standard apabila atlet tersebut digantung sebaliknya ahli politik itu tidak dikenakan sebarang tindakan.

"Double standard dalam negara! Seorang atlet memberikan komen secara bergurau, dicop rasis dan digantung.

"Seorang lagi pula, Timbalan Ketua Menteri telah mengeluarkan kenyataan menggambarkan orang Melayu ‘terlalu dominan’ dalam perkhidmatan awam namun sehingga hari ini masih berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri," katanya di Facebook pada Ahad.

Justeru, Ahmad Fadhli berkata, semua pihak seharusnya membuka mata untuk menilai mengenai situasi sedemikian.

"Jangan butakan mata kita untuk membuat penilaian!" tegasnya.

Sebelum ini, Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai.

Ini kerana, dakwa Ramasamy, hujah berkenaan digunakan Tun Mahathir untuk menginstitusikan hegemoni Melayu dalam sektor awam khususnya perkhidmatan awam.

Beliau turut mendakwa terdapat juga diskriminasi kaum secara rahsia apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved