Pemuda Patah Hati Ditinggal Tunang, Berjalan Kaki Dalam Gelap Sambil Menangis

5 Oct 2022 • 4:56 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Setiap individu mesti menginginkan satu pasangan yang setia sampai hujung nyawa. Berada dalam suatu hubungan, tujuannya hanya satu iaitu membina ikatan perkahwinan dan hidup bersama si dia.

Namun, dalam usaha menghalalkan seseorang itu pasti ada halangan dan dugaan yang menanti. Itulah yang menimpa seorang pemuda. Viral di TikTok, satu video yang memaparkan seorang pemuda yang berjalan kaki di satu jalan yang gelap dalam keadaan sedih.

Rupa-rupanya, pemuda itu sedang menghadapi ujian yang berat. Dia tertekan akibat tunangnya curang dan pergi meninggalkannya. Dalam keadaan yang lemah dan sayu, individu yang berada di situ meminta dia untuk berhenti dan menenangkan dirinya bagi menggelakkan kejadian buruk yang berlaku kepada dirinya.

@jarrr00 Replying to @𝓁𝒾𝓉𝓉𝓁ℯ 𝓅𝒶𝒾𝓃🌻 ♬ original sound - 𝕵𝖆𝖗𝖗𝖔 - Ibu punya ✨

Jodoh, ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Moga ada yang lebih baik menanti awak, bertabahlah bang!