Pemuda Sabah Kagum Dengan Kemudahan Guna Sistem Gas Paip Di Miri

28 Oct 2024 • 11:50 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pemuda Sabah mindblown melihat sendiri sistem gas paip di Miri

Pemuda Sabah Kagum Dengan Kemudahan Guna Sistem Gas Paip Di Miri. Seorang pemuda Sabah telah memuat naik video TikTok yang memaparkan pengalaman uniknya melihat rumah di Miri, Sarawak, menggunakan sistem gas paip untuk memasak.

Video tersebut mengundang perhatian ramai pengguna media sosial, khususnya mereka dari luar Sarawak, yang tidak mengetahui bahawa bandar ini sudah lama menggunakan kemudahan tersebut. Ramai pengikut video tersebut, terutama dari Sabah dan Semenanjung Malaysia, teruja dan kagum kerana sistem sebegini tidak lazim di tempat lain di Malaysia.

image is not available

Keistimewaan Gas Paip di Miri Sarawak

Ramai penonton video berkongsi pengalaman mereka menggunakan gas paip di Miri, dengan menyatakan bahawa bil bulanan mereka amat rendah, iaitu sekitar RM1 hingga RM3 sahaja.

Mereka yang sudah biasa dengan sistem ini menyatakan bahawa walaupun kos pemasangan awal mungkin agak tinggi, tetapi penjimatan jangka panjang adalah ketara. Selain itu, penggunaan gas paip lebih mesra alam berbanding gas silinder konvensional kerana ia tidak memerlukan proses penghantaran yang kerap.

Sebahagian penonton dari Sabah dan Semenanjung Malaysia teruja dan berharap agar sistem gas paip ini dapat diperluaskan ke kawasan mereka memandangkan penjimatan kos dan kemudahan yang ditawarkan.

Sistem gas paip di Miri mula diperkenalkan sejak beberapa dekad lalu, terutama ketika syarikat Shell mengoperasikan rangkaian gas di kawasan itu. Kini, dengan sokongan kerajaan negeri dan peranan PETROS, penggunaan gas paip semakin diperkasa bagi memastikan akses yang lebih luas di seluruh bandar dan kawasan sekitarnya.

Baca juga artikel menarik di bawah:

View Original Article