Pemuda Sanggup Berbasikal 120 Hari Ke Universiti Al-Azhar

11 Oct 2023 • 2:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Mamadou Safaiou Barry, seorang pemuda sanggup berbasikal demi menyambung pengajian di Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir.

Difahamkan, Barry hanya menggunakan basikal terpakai merentasi tujuh buah negara selama empat bulan lamanya semata-mata mahu merealisasikan impiannya untuk menyambung pengajian.

Pemuda sanggup berbasikal

image is not available

Pemuda yang berusia 25 tahun itu bertindak sedemikian kerana tidak mampu membeli tiket penerbangan yang memakan kos sangat tinggi memandangkan kehidupannya yang sangat daif.

Sepanjang perjalanan selama 120 hari tersebut, Barry hanya membawa beberapa helai pakaian, lampu suluh dan alatan kecil.

Bukan itu sahaja, dia terpaksa meredah hutan, padang pasir dan kawasan berkonflik dengan harapan diterima masuk ke universiti berkenaan dan mencari dana untuk membayarnya, demi memenuhi cita-citanya.

image is not available

Bagaimanapun, berkat kesungguhan serta kecekalan yang dimiliki Barry, akhirnya segala usahanya tercapai apabila dia selamat sampai di Kaherah pada bulan lalu malah, ditawarkan biasiswa penuh oleh universiti terbabit.

Apa yang lebih mengharukan, ada seorang dermawan tempatan telah menawarkan Barry terus ke Mesir memandangkan terdapat pertempuran di Sudan yang boleh membahayakan nyawa pemuda tersebut.

image is not available

image is not available

Sumber: Sinar Harian (Nurulfatiha Muah)